Qurban Mudah

Dengan hanya dua minit,
anda dapat laksana ibadah qurban

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Maka tunaikanlah solat untuk Tuhan kamu dan lakukanlah
sembelihan (qurban) sebagai bersyukur.

Laporan qurban yang telus, para peserta akan menerima gambar qurban beserta banner penama

Disokong dan diyakini oleh tokoh yang dipercayai dan dihormati

DATO DR HAJI MOHD FADILAH KAMSAH
Tokoh Motivasi Negara
USTAZAH ISFADIAH MOHD DASUKI

Pendakwah TV dan Radio

USTAZ SYAARI
AB RAHMAN

Pendakwah TV dan Radio

DATUK USTAZ BUNGSU @
AZIZ JAAFAR

Mufti Negeri Sabah

IMAM MUDA
HASSAN

Pendakwah TV dan Radio

DAI’ NUR AFIQAH
MAHMUD

Naib Juara Pentas Akhir Dai’ Pendakwah Nusantara

Play Video

Negara-negara pelaksanaan
Qurban Serantau Muslim

DALAM NEGARA

Harga Bermula Dari:
RM 800
/ bahagian
  • Dilaksanakan di perkampungan umat Islam yang dhaif dan susah terutama di Sabah, Perak, Kelantan, N.Sembilan

LUAR NEGARA

Harga Bermula Dari:
RM 400
/ bahagian
  • Dilaksanakan di lokasi umat umat Islam yang memerlukan khususnya di Asia Tenggara

SYRIA, PALESTIN
& YAMAN

Harga Bermula Dari:
RM 800
/ bahagian
  • Dilaksanakan di lokasi kem pelarian Syria, Palestin dan di negara Yaman

Sedekah Daging

Harga Minima Dari:
RM 10
/ minima
  • Sedekah Daging hanyalah inisiatif tambahan ❌ E-sijil, E-book, E-Laporan, Gambar

Pilihan Utama

Kenapa perlu memilih melaksanakan ibadah Qurban bersama Serantau Muslim di Qurban Mudah

Telus dan berpengalaman

Berpengalaman mengurus qurban sejak tahun 2015 lagi dengan lebih 10 ribu ekor haiwan qurban.

Gambar Lembu

Setiap peserta akan menerima gambar haiwan qurban beserta banner nama masing-masing. Kami tidak hanya menunjukkan gambar proses secara umum sahaja.

Yakin dan Dipercayai

Qurban Mudah telah didokong oleh tokoh-tokoh berpengaruh antaranya Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Dato Ustaz Bungsu @ Aziz Jaafar, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki, Imam Muda Hassan, Ustaz Syaari Ab Rahman dan Dai’ Nur Afiqah Mahmud.

Sijil Penyertaan

Setiap peserta Qurban akan menerima E-Sijil Penyertaan.

Perkembangan Proses Qurban

Proses qurban anda akan dikemaskini dari semasa ke semasa melalui sistem yang efisyen di laman sesawang kami. Anda boleh mendapat maklumat dari hujung jari.

Hadiah Eksklusif

Setiap peserta akan menerima cenderahati khas dari Serantau Muslim termasuklah E-Book Serantau Muslim dan video perkongsian khas dari Duta-Duta Serantau Muslim.

Agihan

Daging qurban akan diagihkan kepada yang sangat dhaif dan memerlukan. Semoga kita semua mendapat pahala berganda daripada qurban yang dilaksanakan, serta daging qurban yang diagihkan.

Pelaksanaan Qurban

Setiap sembelihan akan kami rakamkan vido dan foto sebagai bukti pelaksanaan dan kami sampaikan kepada peserta Qurban sebagai pelaksanaan Qurban bersama Serantau Muslim.

Pakej Qurban Luar Negara

Dilaksanakan di lokasi umat umat Islam yang memerlukan khususnya di Asia Tenggara

Pakej Qurban Dalam Negara

Dilaksanakan di perkampungan umat Islam yang dhaif dan susah terutama di Sabah.

Soalan Lazim

Soalan-soalan lazim mengenai ibadah qurban
Ibadah Qurban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Tujuannya adalah sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ia telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah. Dalil pensyariatannya sabit dengan Al- Qur’an dalam Surah Al-Kauthar, ayat 2 yang bermaksud, “Oleh itu kerjakanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah qurban (tanda kesyukuran). ‘Qurban’ bermaksud nama bagi sesuatu yang diqurbankan, atau nama bagi ternakan yang disembelih pada Aidiladha. Qurban bermaksud menyembelih ternakan tertentu dengan taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala pada masa-masa tertentu.
Al-Imam al-Qurtubi Rahimahullah dalam al-Jami’ li Ahkam al-Quran berkata: “Dimulakan dengan solat (Solat Hari Raya Adha) sebelum melakukan ibadat korban”. Pengarang al-Fiqh al-Manhaji berkata: “Waktunya bermula selepas terbit matahari pada Hari Raya Haji (Hari Raya Korban) iaitu sekadar sempat ditunaikan dua rakaat sembahyang dan dua khutbah. Kemudian berterusan waktunya hingga terbenam matahari pada akhir hari-hari Tasyrik iaitu 11,12, dan 13 Zulhijah. Waktu afdhal untuk menyembelih ialah selepas selesai solat sunat hari raya”. Bermulanya waktu sembelihan itu selepas timbulnya matahari pada hari sembelihan iaitu hari ke-10 Zulhijjah. Kadar timbulnya matahari itu boleh di kira selepas selesainya solat dua rakaat (solat sunat hari raya) dan juga dua khutbah yang ringan (tidak terlampau panjang berjela)
Menurut Mazhab Syafie, ibadah disunatkan kepada mereka yang mempunyai harta yang melebihi keperluan darinya dan tanggungannya pada Hari Raya Aidil Adha dan hari-hari Tasriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) termasuklah orang yang sedang mengerjakan haji. Apakah perbezaan Aqiqah dan Qurban Antara perbezaan yang wujud di antara aqiqah dan qurban ialah; Aqiqah dituntut perlaksanaannya sekali seumur hidup, manakala ibadah qurban disunatkan perlaksanaannya setiap tahun iaitu pada Hari Raya Haji. Daging sembelihan aqiqah sunat diagihkan setelah dimasak, adapun daging sembelihan korban pula sunat diagihkan dalam keadaan mentah. Tidak digalak mematahkan tulang haiwan sembelihan aqiqah, sebaliknya haiwan sembelihan korban tidak dilarang. Sunat menghadiahkan kaki kanan haiwan sembelihan aqiqah kepada bidan yang menyambut kelahiran, berbeza dengan korban tidak disunatkan demikian.
Untuk memenuhi syarat-syarat sah sesuatu ibadah qurban, perkara-perkara berikut disyaratkan ke atas haiwan ternakan berkenaan, iaitu: (a) Ibadah qurban tidak sah kecuali dengan haiwan ternakan sahaja, iaitu unta, lembu, kambing, biri-biri dan semua yang termasuk dalam jenisnya, sama ada jantan atau betina. Dengan itu, tidak sah berqurban selain dengan haiwan ternakan seperti kerbau liar, kijang, rusa, pelanduk dan seumpamanya. (b) Haiwan ternakan itu hendaklah sihat dan bebas daripada sebarang penyakit. (c) Haiwan ternakan itu tidak mempunyai kecacatan, sama ada tempang, buta, telinga koyak, patah sebelah tanduk, cedera pada tubuh badan, kurus sehingga tidak mempunyai lemak, atau kecacatan yang lain sepertinya. (d) Haiwan ternakan itu telah mencapai satu tahap minimum umur, iaitu: (i) Unta : berumur lima tahun masuk tahun keenam; (ii) Lembu : berumur dua tahun masuk tahun ketiga; (iii) Kambing : berumur dua tahun masuk tahun ketiga; (iv) Biri-biri : berumur satu tahun masuk tahun kedua, ataupun telah bersalin gigi hadapan.
Mereka yang paling layak menerima sedekah adalah orang fakir dan miskin dari kalangan umat Islam, begitu juga dengan aqiqah, mereka yang paling layak menerima adalah orang miskin di kalangan umat Islam. Walau bagaimanapun berdasarkan beberapa buah hadis dan amalan Rasulullah dan para sahabat, kita disunatkan juga memakan sebahagian daripada daging tersebut, bersedekah sebahagian dan menghadiahkan sebahagian lagi. Apa yang membezakan aqiqah dan qurban ialah kita disunatkan memberikan sebahagian kaki kambing aqiqah tersebut kepada bidan yang menyambut kelahiran tersebut.

Boleh layari terma dan syarat dibawah untuk melaksanakan Qurban bersama Serantau Muslim :
https://qurbanmudah.com/termadansyarat/

× Perlukan bantuan?